YAYASAN SARAWAK

30 03 2012

PENGENALAN

MENAWARKAN PELBAGAI SKIM KEPADA PARA PELAJAR SEPERTI SKIM PINJAMAN PELAJARAN (LUAR DAN DALAM NEGARA), SKIM TABUNG PUSINGAN, SKIM BANTUAN MATRIKULASI, SKIM PINJAMAN KOMPUTER, SKIM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN DAN SKIM BANTUAN AWAL PERMOHONAN, SKIM BIASISWA TEMPATAN, SKIM BIASISWA PROGRAM PETUKARAN PELAJAR DAN SKIM BIASISWA BESTARI YAYASAN SARAWAK.

SYARAT DAN KELAYAKAN

  1. PELAJAR MESTI TELAH MENDAPAT TAWARAN DARI MANA-MANA INSTITUSI / KOLEJ MATRIKULASI YANG TERPILIH.
  2. PELAJAR MESTILAH MERUPAKAN ANAK JATI SARAWAK (IBU BAPA ATAU SALAH SEORANG MESTILAH ANAK JATI SARAWAK)

KADAR PINJAMAN/BIASISWA

SKIM KADAR PINJAMAN
SKIM PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA (PELAJAR DI MESTIKAN UNTUK MEMOHON PTPTN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMOHON PINJAMAN YAYASAN SARAWAK) TERTAKLUK KEPADA YURAN DAN PERINGKAT PENGAJIAN DI INSTITUSI
SKIM PINJAMAN PELAJARAN LUAR NEGARA (PINJAMAN BERCAGARAN) TERTAKLUK KEPADA KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENDIDIKAN YAYASAN SARAWAK
SKIM PINJAMAN TABUNG PUSINGAN (PINJAMAN AWAL KEPADA PELAJAR SEBELUM MENDAPAT PENAJAAN) ANGGARAN MAKSIMA PINJAMAN RM1,500.00 SEORANG BERDASARKAN PERINGKAT PENGAJIAN DAN LOKASI INSTITUSI
SKIM PINJAMAN KOMPUTER (BANTUAN PINJAMAN UNTUK PEMBELIAN KOMPUTER BAGI PELAJAR ) SKIM PINJAMAN KOMPUTER (BANTUAN PINJAMAN UNTUK PEMBELIAN KOMPUTER BAGI PELAJAR )
SKIM BANTUAN MATRIKULASI (BANTUAN AWAL KEWANGAN KEPADA PELAJAR MATRIKULASI) BANTUAN DARI RM500.00 SEHINGGA RM1,000.00 BERGANTUNG KEPADA JUMLAH PENDAPATAN PERKAPITA KELUARGA
SKIM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN (BANTUAN PINJAMAN KEPADA PELAJAR YANG MENGIKUTI LATIHAN KEMAHIRAN DI INSTITUSI KEMAHIRAN DI MALAYSIA) TERTAKLUK KEPADA YURAN DAN PERINGKAT PENGAJIAN DI INSTITUSI
SKIM BANTUAN AWAL LATIHAN KEMAHIRAN (BANTUAN KEWANGAN KEPADA PELAJAR UNTUK MEMULAKAN PENGAJIAN DI INSTITUSI KEMAHIRAN DI MALAYSIA) TERTAKLUK KEPADA YURAN PENDAFTARAN DAN KOS PENGANGKUTAN DARI TEMPAT ASAL KE INSTITUSI YANG TERLIBAT
SKIM BIASISWA TEMPATAN (BANTUAN UNTUK PELAJAR PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH YANG TIADA KEMAMPUAN UNTUK MEMBIAYAI PERSEKEOLAHAN MEREKA) BAYARAN TUNAI KE AKAUN PELAJAR SETAHUN BERDASARKAN KADAR BERIKUT :
TINGKATAN 2-3 : RM300.00
TINGKATAN 4-5 : RM400.00
TINGKATAN 6 : RM500.00
SKIM BIASISWA PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR (PENAJAAN DAN PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG KE TINGKATAN SATU DAN EMPAT) BANTUAN DI DALAM BENTUK YURAN, BUKU DAN ALATULIS, ELAUN WANG SAKU DAN TIKET PENERBANGAN PERGI-BALIK SETIAP TAHUN
SKIM BIASISWA BESTARI YAYASAN SARAWAK (BIASISWA UNTUK PELAJAR YANG MENGAMBIL JURUSAN KEJURUTERAAN DI SWINBURNE DAN CURTIN UNIVERSITY) BIASISWA MELIPUTI YURAN PENGAJIAN, PENGINAPAN, SARA HIDUP, KOMPUTER, PRAKTIKAL, TESIS DAN PENGANGKUTAN




TABUNG AMANAH BAKUN

30 03 2012

PENGENALAN

MEMBERI BANTUAN KEPADA PELAJAR YANG BERASAL DARI DAERAH BELAGA DAN LAYAK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN SWASTA DI DALAM NEGARA. SELAIN ITU, SKIM INI JUGA MEMEBERI BANTUAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH YANG BERASAL DARI DAERAH BELAGA.

SYARAT/KELAYAKAN

1) SKIM BIASISWA TABUNG AMANAH BAKUN

A) LATAR BELAKANG SOSIO EKONOMI DAN MENDAPAT TAWARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
B) MENGISI DENGAN LENGKAP BORANG PERMOHONAN BCT/1

2) SKIM BIASISWA PERINGKAT SEKOLAH TABUNG AMANAH BAKUN

A) PENDAPATAN IBU BAPA TIDAK LEBIH RM800.00 SEBULAN BAGI YANG TINGGAL DI DAERAH BELAGA.
B) PENDAPATAN IBU BAPA TIDAK LEBIH RM1,500.00 SEBULAN BAGI YANG TINGGAL DI LUAR DAERAH BELAGA
C) MENGISI DENGAN LENGKAP BORANG PERMOHONAN BCT/2

KADAR PINJAMAN/BIASISWA

1) SKIM BIASISWA TABUNG AMANAH BAKUN

A) BIASISWA DITAWARKAN UNTUK PERINGKAT SIJIL HINGGA IJAZAH SARJANA MUDA MENGIKUT YURAN YANG SESUAI DENGAN KADAR UNIVERSITI
B) PINJAMAN DITAWARKAN UNTUK PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA HINGGA PhD DENGAN SEORANG PENJAMIN DENGAN AMAUN PINJAMAN UNTUK YURAN PENGAJIAN SAHAJA

2) SKIM BIASISWA PERINGKAT SEKOLAH TABUNG AMANAH BAKUN

BIASISWA SEKALI SETAHUN DENGAN AMAUN YANG DITETAPKAN OLEH JAWATANKUASA PENDIDIKAN TABUNG AMANAH BAKUN.





SKIM YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN

30 03 2012

PENGENALAN

MEMBERI BIASISWA KEPADA PARA PELAJAR YANG CEMERLANG DAN MENGIKUTI DAN MENGIKUTI PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA DAN IJAZAH LANJUTAN DI DALAM DAN LUAR NEGARA. PERMOHONAN AKAN DI BUKA PADA BULAN APRIL ATAU MEI SETIAP TAHUN. PERMOHON YANG LAYAK AKAN MELALUI PROSES TEMUDUGA.

KURSUS-KURSUS YANG DIPERUNTUKKAN PADA SETIAP TAHUN ADALAH BERBEZA.

SYARAT DAN KELAYAKAN AM

A) KURSUS-KURSUS YANG DIIKUTI HENDAKLAH DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
B) URUSAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI HENDAKLAH DIBUAT OLEH PELAJAR SENDIRI.
C) WARGANEGARA MALAYSIA DAN KEUTAMAAN AKAN DIBERI KEPADA MEREKA YANG BERMASTAUTIN DI SARAWAK.
D) PERMOHON HENDAKLAH MEMILIKI SIFAT-SIFAT KEPIMPINAN YANG TINGGI, AKTIF DALAM KEGIATAN BERPERSATUAN DAN PERTUBUHAN DAN MEMPUNYAI PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG SEPERTI BERIKUT:

I. BAGI PELAJAR YANG AKAN/SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH PERTAMA HENDAKLAH MEMILIKI KELAYAKAN BERIKUT:

A) MEMPEROLEHI SEKURANG-KURANGNYA GRED B PADA SETIAP MATA PELAJARAN DALAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA, ATAU
B) MEMPEROLEHI SEKURANG-KURANGNYA CGPA/PGNK 3.00 DAN KE ATAS BAGI LULUSAN SIJIL/DIPLOMA/MATRIKULASI.

II. BAGI PELAJAR/PEGAWAI YANG AKAN/SEDANG MENGIKUTI IJAZAH LANJUTAN:

A) MEMPEROLEHI SEKURANG-KURANGNYA IJAZAH KELAS KEDUA ATAS ATAU CGPA/PNGK 3.00 DAN KE ATAS BAGI PELAJAR/PEGAWAI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA, DAN
B) MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA DENGAN CGPA/PGNK 3.00 DAN KE ATAS BAGI PELAJAR/PEGAWAI MENGIKUTI PENGAJIAN DOCTOR FALSAFAH.

KADAR BIASISWA

KADAR BIASISWA ADALAH BERGANTUNG KEPADA KADAR KURSUS DAN UNIVERSITI JUGA TERTAKLUK KEPADA SYARAT DAN PERUNTUKAN SEMASA KERAJAAN NEGERI. KADAR BIASISWA MERANGKUMI :

I. ELAUN SARA HIDUP BULANAN
II. YURAN PENGAJIAN
III. TIKET PENERBANGAN (KELAS EKONOMI)
IV. ELAUN TESIS DAN LAIN-LAIN.





SHELL

30 03 2012

PENGENALAN

MENAWARKAN BIASISWA KEPADA PELAJAR CEMERLANG YANG HENDAK MENERUSKAN PENGAJIAN DI INSTITUSI TERPILIH SAMADA DALAM NEGARA ATAU LUAR NEGARA

SYARAT DAN KELAYAKAN

1) CEMERLANG DALAM SPM, STPM, O-LEVELS, A-LEVELS & DIPLOMA
2) KREDIT DALAM SUBJEK BAHASA MALAYSIA
3) BOLEH BERTUTUR DAN MENULIS DALAM BAHASA INGGERIS
4) MEMPUNYAI CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG MENONJOL DALAM AKTIVITI-AKTIVITI LUAR
5) MEMPUNYAI REKOD AKADEMIK YANG CEMERLANG.

KADAR PINJAMAN /BIASISWA

KADAR BIASISWA ADALAH BERGANTUNG KEPADA KADAR KURSUS DAN UNIVERSITI JUGA TERTAKLUK KEPADA SYARAT DAN PERUNTUKAN SEMASA SHELL.





PETRONAS

30 03 2012

PENGENALAN

PETRONAS MENAWARKAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG UNTUK MENERUSKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG TEKNIKAL DAN BUKAN TEKNIKAL DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS DAN UNIVERSTI LAIN YANG BERKAITAN. BIASISWA PETRONAS TERBAHAGI KEPADA TIGA IAITU BIASISWA UNIVERSITI LUAR, BIASISWA UNIVERSITI PETRONAS DAN BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA

SYARAT DAN KELAYAKAN

1) MERUPAKAN WARGANEGARA MALAYSIA
2) TERBUKA KEPADA CALON-CALON YANG CEMERLANG
3) MEMPUNYAI CIRI-CIRI KEPIMPINAN DAN AKTIF DALAM KO-KURIKULUM

A) BIASISWA UNIVERSITI LUAR

1) DITAWARKAN UNTUK PELAJAR MALAYSIA YANG MENGIKUTI PROGRAM DI LUAR NEGERI DALAM BIDANG TEKNIKAL, SAINS GUNAAN, PERAKAUNAN, PENTADBIRAN PERNIAGAAN DAN EKONOMI.

2) PELAJAR HARUS MENGIKUTI PROGRAM A-LEVEL / INTERNATIONAL BACCALAUREATE DI MALAYSIA DENGAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG.

B) BIASISWA UNIVERSITI PETRONAS

1) DITAWARKAN UNTUK PELAJAR MALAYSIA YANG CEMERLANG DALAM SPM DAN BERMINAT MENGIKUTI KURSUS DALAM BIDANG TEKNIKAL DAN TEKNOLGI MAKLUMAT DI UTP (UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS)

2) PELAJAR HARUS MENGIKUTI PRORGAM FOUNDATION SELAMA 12 BULAN DI UTP SEBELUM MENERUSKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA.

C) BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA

1) DITAWARKAN UNTUK PELAJAR MALAYSIA INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN DI PERINGKAT SARJANA DALAM BIDANG TEKNIK, SAINS GUNAAN, AKUNTANSI, EKONOMI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.

2) PELAJAR HARUS CEMERLANG DALAM SIJILTINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) / MATRIKULASI / DIPLOMA BAGI MELAYAKKAN DIRI UNTUK MENDAPATKAN BIASISWA INI.

KADAR PINJAMAN /BIASISWA

KADAR BIASISWA ADALAH BERGANTUNG KEPADA KADAR KURSUS DAN UNIVERSITI JUGA TERTAKLUK KEPADA SYARAT DAN PERUNTUKAN SEMASA PETRONAS.





MARA

30 03 2012

PENGENALAN
BERMATLAMAT UNTUK MEMBANTU PELAJAR BUMIPUTERA YANG BERPONTENSI DAN BERKELAYAKAN TERUTAMA YANG MEMERLUKAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM BIDANG-BIDANG SAINS. TEKNOLOGI, PROFESIONAL, KEPAKARAN DAN PENGURUSAN PERNIAGAAN SERTA BIDANG-BIDANG LAIN YANG DIKENALPASTI OLEH MARA DARI MASA KE SEMASA.
SELAIN ITU, MARA JUGA MENAWARKAN EPENDAHULUAN KEPADA PELAJAR.

SYARAT/KELAYAKAN
A) PINJAMAN/BIASISWA
CALON MESTILAH MELAYU / BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA

  1. TIDAK PERNAH DITAMATKAN BANTUAN ATAU DITARIK BALIK BANTUAN OLEH MANA-MANA PENAJA ATAS SEBAB TINDAKAN DISIPLIN.
  2. MENDAPAT PELEPASAN KONTRAK / PENANGGUHAN BAYARAN BALIK JIKA PERNAH DITAJA OLEH BADAN LAIN UNTUK PENGAJIAN SEBELUMNYA.
  3. MESTI MENDAPAT CUTI BELAJAR TANPA GAJI / PELEPASAN JAWATAN / KEBENARAN BERTULIS DARIPADA MAJIKAN BAGI MEREKA YANG SEDANG BERKHIDMAT.
  4. DIPERAKUI SIHAT DAN NORMAL OLEH DOKTOR YANG BERTAULIAH.
  5. PENGAJIAN SEPENUH MASA DALAM DAN LUAR NEGARA.
  6. MEMENUHI SYARAT STATUS SOSIO EKONOMI KELUARGA SEPERTI YANG DITETAPKAN.
  7. UMUR YANG DITETAPKAN BAGI SETIAP PROGRAM YANG DIPOHON:
PERINGKAT DALAM NEGARA LUAR NEGARA
DIPLOMA TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN
IJAZAH TIDAK MELEBIHI 40 TAHUN TIDAK MELEBIHI 30 TAHUN
SARJANA TIDAK MELEBIHI 45 TAHUN TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN
PHD TIDAK MELEBIHI 45 TAHUN TIDAK MELEBIHI 40 TAHUN

B) E-PENDAHULUAN

  1. PENDAPATAN KASAR BULANAN IBUBAPA / PENJAGA PELAJAR HENDAKLAH TIDAK MELEBIHI RM4,000.00 SEBULAN. WALAU BAGAIMANAPUN BAGI IBUBAPA / PENJAGA PELAJAR YANG BERPENDAPATAN MELEBIHI RM4,000.00 SEBULAN, PERTIMBANGAN BOLEH DIBERI TERTAKLUK KEPADA BILANGAN TANGGUNGAN MENGIKUT GARIS PANDUAN JADUAL PEMARKAHAN KELAYAKAN PENDAPATAN BAGI PERMOHONAN PENDAHULUAN PINJAMAN PELAJARAN MARA.
  2. WARGANEGARA MALAYSIA DAN BERTARAF BUMIPUTERA.
  3. BERUMUR TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN BAGI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN 40 TAHUN BAGI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA.
  4. TELAH DITAWARKAN MENGIKUT PENGAJIAN SECARA SEPENUH MASA DI PERINGKAT PROGRAM PERSEDIAAN / PRA UNIVERSITI ATAU DIPLOMA ATAU HIGHER NATIONAL DIPLOMA (HND) ATAU IJAZAH PERTAMA (SARJANA MUDA) DI IPTS, IPTA ATAU IPMA DI BAWAH SKIM PINJAMAN PELAJARAN MARA (SPIP).
  5. PELAJAR YANG TERDIRI DARIPADA MEREKA YANG TELAH BEKERJA ATAU SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.
  6. PELAJAR YANG DITAWARKAN KE PENGAJIAN IPTA ADALAH TIDAK LAYAK MEMOHON KECUALI MEREKA YANG DITAWARKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT PROGRAM PERSEDIAAN / PRA-U DI BAWAH SKIM PINJAMAN PELAJARAN MARA (SPIP).
  7. BORANG PERMOHONAN BERSERTA DOKUMEN-DOKUMEN BERKAITAN HENDAKLAH DIHANTAR KE PEJABAT MARA NEGERI DALAM TEMPOH 2 MINGGU DARI TARIKH PERMOHONAN.
  8. PERMOHONAN PENDAHULUAN INI HANYA BOLEH DIBUAT DI PEJABAT MARA NEGERI YANG TERDEKAT MENGIKUT ALAMAT TERKINI PELAJAR.

KADAR PINJAMAN/BIASISWA
KADAR BANTUAN PINJAMAN/BIASISWA PELAJARAN MARA DITENTUKAN BERASASKAN KEPADA SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) TETAPI TERTAKLUK KEPADA KEADAAN PERUNTUKAN KEWANGAN MARA.





MALAYSIAN NATIONAL REINSURANCE BERHAD (MNRB)

30 03 2012

PENGENALAN

THE MNRB SCHOLARSHIP FUND, SEBUAH TABUNG YANG DITUBUHKAN OLEH MNRB HOLDINGS BERHAD (SEBUAH ANAK SYARIKAT PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) YANG DISENARAIKAN DI PAPAN UTAMA BURSA MALAYSIA) MEMPELAWA PERMOHONAN BIASISWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN TERTINGGI SEPENUH MASA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG DIIKTIRAF.

BIDANG PENGAJIAN

SAINS AKTUARI – KURSUS PROFESIONAL AKTUARI
PENGURUSAN RISIKO – MATRIKULASI/ASASI, DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA
INSURAN – MATRIKULASI/ASASI, DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA

KADAR
i. YURAN PENGAJIAN AKAN DITANGGUNG SEPENUHNYA SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN UNTUK PENERIMA BIASISWA
YANG MENUNTUT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM ATAU KOLEJ MANAKALA MAKSIMA RM8,000 SETAHUN BAGI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA.
ii. ELAUN BANTUAN SARA HIDUP BERJUMLAH RM8,000.00 SETAHUN UNTUK PENGAJIAN DI PERINGKAT
MATRIKULASI/ASASI ATAU DIPLOMA DAN RM10,000.00 SETAHUN UNTUK PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH
SARJANA MUDA
iii. KURSUS PROFESIONAL AKTUARI – ELAUN SARA HIDUP DAN ELAUN BERKAITAN YANG DIKENAKAN OLEH BADAN AKTUARI SEPERTI YURAN KEAHLIAN, YURAN PEPERIKSAAN, ELAUN BAHAN RAJUKAN.
PEMEGANG BIASISWA DIWAJIBKAN MENGIKAT KONTRAK BERKHIDMAT DI KUMPULAN MNRB.
SYARAT

INSURANS DAN PENGURUSAN RISIKO
i. BERUMUR DI BAWAH 23 TAHUN
ii. SPM – MEMPEROLEHI SEKURANG-KURANGNYA GRED KEPUJIAN A UNTUK MINIMA 6 SUBJEK (TERMASUK BAHASA INGGERIS, MATEMATIK DAN SAINS); ATAU
iii. STPM – MEMPEROLEHI SEKURANG-KURANGNYA 3A SERTA LULUS PENGAJIAN AM; ATAU
iv. MATRIKULASI, DIPLOMA ATAU IJAZAH SARJANA MUDA – MEMPEROLEHI PURATA MATA TERKUMPUL (PMK) SEKURANG-KURANGNYA 3.50.
SAINS AKTUARI – PROFESIONAL AKTUARI
i. BERUMUR DI BAWAH 26 TAHUN
ii. MEMPUNYAI IJAZAH SARJANA SAINS AKTUARI DAN/ATAU IJAZAH SARJANA SAINS PENGURUSAN AKTUARI
iii. PEMEGANG IJAZAH SARJANA SAINS AKTUARI DARI UNIVERSITI LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF JUGA DIGALAKKAN MEMOHON
iv. BUJANG
SYARAT TAMBAHAN
i. DIKEHENDAKI MENYERTAKAN SATU MUKA SURAT ESEI BERBAHASA INGGERIS (LAMPIRAN BERASINGAN) DENGAN MENYATAKAN SEBAB-SEBAB MEMOHON BIASISWA, MANFAAT YANG AKAN DIPEROLEHI DARI BIDANG KURSIS YANG DIPELAJARI SERTA RANCANGAN PEMBELAJARAN DAN KERJAYA.
ii. KEUTAMAAN AKAN DIBERI KEPADA PEMOHON YANG AKTIF DALAM KEGIATAN KO-KURIKULUM
iii. TIDAK TERIKAT ATAU MEMEGANG SEBARANG BIASISWA ATAU BANTUAN DARIPADA MANA-MANA ORGANISASI